Majlis Daerah Beaufort Peti Surat 181, 89808 Beaufort, Sabah
TAHUKAH ANDA?
✳️ Kadar kitar semula kebangsaan pada tahun 2022 meningkat sebanyak 33.17% dengan jumlah barangan kitar semula mencecah 4.626 juta tan.
✳️ Sasaran kadar kitar semula yang ditetapkan dalam RMK-12 iaitu sebanyak 40% menjelang tahun 2025.
sumber: Bernama
📢📢 Makluman kepada warga Beaufort📢📢
♻️ Bagi menggalakkan warga Beaufort melaksanakan kitar semula, Majlis Daerah Beaufort telah mewujudkan Pondok Lestari MDB.
Barang kitar semula yang boleh dihantar ke Pondok Lestari termasuklah:
- Kertas
- Tin / aluminium
- Plastik
- Kaca
- Pakaian terpakai yang masih boleh diguna semula
Jom Budayakan Amalan Kitar Semula!!
"Beaufort Bersih dan Mampan"
PERTANDINGAN KREATIF MEWARNA & VIDEO PENDEK SEMPENA KEMPEN PENCEGAHAN DENGGI/ KAWALAN AEDES🦟
*Penyertaan hanya terbuka kepada penghuni Taman Muhibbah dan Pekan Beaufort Jaya sahaja !!
Untuk penyertaan, sila imbas kod QR yang ada dalam poster atau tekan pautan yang disediakan di bawah; 👇
Pertandingan video pendek:
https://forms.gle/HXS4zG1C4Xg4wx1c9
Pertandingan mewarna:
https://forms.gle/4wiqGUJRCCV9Y9ho8
Bahan untuk dicetak dan diwarna:
https://drive.google.com/.../1_w6_VhvFkMmW4FirXSh8kHRHp...
Tarikh tutup penyertaan: 15 Julai 2022
Sila hantar hasil kerja anda selewat-lewatnya pada 15 Julai 2022, jam 11:59 pm. ⏳
Bersempena dengan Kempen Pencegahan Denggi / Kawalan Aedes di TAMAN MUHIBBAH BEAUFORT
DEMAM DENGGI BOLEH MEMBUNUH.
TINDAKAN TERBAIK ADALAH MELALUI LANGKAH PENCEGAHAN:
1. Amalkan pembuangan sampah di dalam tong sampah;
2. Cari dan hapuskan bekas yang berpotensi menjadi punca pembiakan nyamuk Aedes di dalam dan di luar rumah;
3. Kumpulkan e-waste isi rumah anda di hadapan rumah masing-masing;
4. Jadikan ia aktiviti hujung minggu keluarga anda.
"Persekitaran bersih, tiada Aedes, tiada Denggi"
"Beaufort bersih dan mampan"
Bersempena dengan Kempen Pencegahan Denggi / Kawalan Aedes di Taman Muhibah Beaufort
Semua penghuni Taman Muhibah dialu-alukan untuk mengumpulkan e-waste isi rumah anda di hadapan rumah masing-masing. Pihak MDB akan mengangkut e-waste anda pada ketetapan seperti berikut:
Tarikh : 12 Jun 2022 (Ahad)
Masa : 8.30 pagi
"E-waste dikitar bumi terpelihara"
"Beaufort bersih dan mampan"
"Hanya Satu Bumi"
5 Jun 2022
Selamat Menyambut Pesta Kaamatan
"Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan"
"Invest in our Planet"
Tutup suis selama 1 jam bermula 8.30 pm - 9.30 pm. Mari bersama kita jayakan Earth Hour pada malam ini sebagai tanda sokongan menangani perubahan iklim.
-Sustainable Development Goal 13
Salam Ramadhan Kareem 2022 / 1443 H
Selamat menunaikan ibadah puasa kepada seluruh umat Islam. Semoga diampuni segala dosa dan amal kebaikan kita diterima. Mari kita manfaatkan sebaik-baiknya bulan yang penuh berkat ini.✨
Selamat Tahun Baru Cina 🍊
Semoga semua yang menyambut dikurniakan kekayaan jiwa, kebahagiaan hidup dan kejayaan. Jaga kesihatan dan keselamatan diri semasa merayakan Tahun Baru Cina 2022.
Gong Xi Fa Cai !🧧
Promosi Sehingga 31 Mac 2022