Laman Web Rasmi Majlis Daerah Beaufort

Alamat : Majlis Daerah Beaufort, Peti Surat 181, 89808 Beaufort, Sabah

Rekod Pencapaian MDB

MALAYSIAN LANDSCAPE ARCHITECTURE AWARDS 2024 (MLAA14) GOVERNMENT CATEGORY - GREEN INITIATIVE AWARDS

Tarikh : 2024-05-11

11 Mei 2024 (Sabtu) , Majestic Hotel Kuala Lumpur
Tahniah kepada seluruh warga kerja Majlis Daerah Beaufort di atas pengiktirafan dan pemberian Anugerah Inisiatif Hijau bagi Kategori Kerajaan dalam Malaysia sempena Malaysia Landscape Architecture Awards 2024 (MLAA14). Pengiktirafan ini diberikan di atas Inisiatif Majlis Daerah Beaufort untuk mewujudkan Pusat Aspirasi Rendah Karbon (PARK) dalam usaha memertabatkan agenda Sustainable Development Goals (SDG) secara keseluruhannya.
Pihak MDB juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutamanya Sektor Landskap & Kelestarian, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah sebagai pembimbing, Rakan Strategik MDB iaitu Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah, S.K Lambidan, Beau Energy Sdn. Bhd., Majlis Daerah Kuala Penyu, Majlis Daerah Sipitang, pihak NGO dan masyarakat yang telah banyak menyumbangkan idea serta tenaga untuk menjayakan PARK MDB.
Tahniah.. Semoga usaha dan kolaborasi ini akan berterusan bagi menjamin kehidupan yang lestari, mampan dan sejahtera.

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image

ANUGERAH BANDAR MAMPAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN TAHUN 2023 DI MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG TAHUN 2023 KEMENTERIAN KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN (KKTP)

Tarikh : 2024-03-08

Alhamdulillah, satu lagi anugerah berjaya diterima oleh Majlis Daerah Beaufort , iaitu Anugerah Bandar Mampan Pihak Berkuasa Tempatan Tahun 2023 di Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2023 Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) yang disempurnakan oleh YB Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam, Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri KKTP yang bertempat di Hilton Kota Kinabalu Hotel.

Image
Image
Image
Image

ANUGERAH INOVASI SEKTOR AWAM SABAH TAHUN 2023

Tarikh : 2023-11-02

Alhamdulillah satu lagi kemenangan✨
INSOU MDB - MAJLIS DAERAH BEAUFORT mendapat Naib Juara dalam Anugerah Inovasi Sektor Awam Sabah (iSAS) Tahun 2023 di Majlis Anugerah Inovasi Sektor Awam Sabah (iSAS) Tahun 2023 yang disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah di Dewan Bankuasi, Menara Kinabalu.

Image
Image

ANUGERAH PBT LESTARI DAN PERTANDINGAN PEJABAT PBT HIJAU SEMPENA SEMINAR LANDSKAP 2023

Tarikh : 2023-10-31

Syukur Alhamdulillah✨
Majlis Daerah Beaufort telah mendapat Johan bagi Anugerah PBT Lestari dan Pertandingan Pejabat PBT Hijau Sempena Seminar Landskap 2023 👏🏻.
Tahniah juga kepada Kampung Rancangan Klias, Beaufort telah mendapat Naib Johan dalam Pertandingan Persekitaran Sejahtera bagi Kategori Kampung Zon 4.

Image
Image
Image
Image
Image
Image

PERTANDINGAN SEPANDUK BAGI KATEGORI JABATAN SEMPENA MAULIDUR RASUL PERINGKAT DAERAH BEAUFORT TAHUN 2023.

Tarikh : 2023-10-08

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL S.A.W PERINGKAT DAERAH BEAUFORT TAHUN 2023
Sekitar Majlis Sambutan Maulidur Rasul S.A.W 1445H/2023M Peringkat Daerah Beaufort yang disempurnakan oleh YB Datuk Haji Ruslan bin Muharam.
Alhamdulillah, Majlis Daerah Beaufort Menjadi Johan Bagi Acara Pertandingan Sepanduk Bagi Kategori Jabatan Sempena Maulidur Rasul Peringkat Daerah Beaufort Tahun 2023.✨

Image
Image