Laman Web Rasmi Majlis Daerah Beaufort

Alamat : Majlis Daerah Beaufort, Peti Surat 181, 89808 Beaufort, Sabah

Piagam Pelanggan

1. Komitmen kami adalah menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab jujur dan amanah setiap masa.

2. Pelanggan yang ingin berurusan di kaunter pembayaran, kaunter perlesenan dan kaunter sewaan premis akan dilayan dalam tempoh 30 minit selepas nombor giliran dipanggil.

3. Kelulusan Pelan Pembangunan / Pelan Bangunan / Pelan Pengubahsuaian akan dikeluarkan dalam tempoh 21 hari selepas keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Bandar dan Pelan Bangunan MDB.

4. Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) akan dikeluarkan dalam masa 7 hari selepas pemeriksaan dibuat.

5. Kelulusan Pelan Struktur Mekanikal / Elektrikal akan dikeluarkan dalam tempoh 60 hari selepas permohonan yang lengkap diterima.

6. Tawaran Kelulusan Permohonan Baharu Lesen akan dikeluarkan selepas permohonan yang lengkap diterima dalam tempoh:
i. Empat Belas (14) hari bekerja bagi Lesen Operasi.
ii. Tujuh (7) hari bekerja bagi Lesen Menjaja.

7. Tawaran Kelulusan Permohonan Pembaharuan Lesen Operasi / Menjaja akan dikeluarkan dalam tempoh 30 Minit selepas permohonan yang lengkap diterima.

8. Tawaran kelulusan permohonan Lesen Iklan yang lengkap diterima akan dikeluarkan dalam tempoh:
i. Tiga (3) hari bekerja bagi iklan tidak berstruktur selepas pemeriksaan tapak dibuat.
ii. Empat belas (14) hari bekerja bagi iklan berstruktur selepas pemeriksaan tapak dibuat.

9. Bil-bil tuntutan cukai pintu dikeluarkan setiap Tiga (3) bulan sekali.

10. Memastikan pembersihan dan pengangkutan sampah dilaksanakan:
i. Setiap hari di kawasan Premis Perniagaan.
ii. Tiga (3) kali seminggu di Kawasan Taman Perumahan.

11. Aduan Pelanggan diselesaikan dalam tempoh:
i. Tiga (3) hari bekerja bagi kategori aduan mudah.
ii. Empat belas (14) hari bekerja bagi kategori aduan sederhana.
iii. Tiga (3) hingga Enam (6) bulan bagi kategori aduan berat.