Alamat : Majlis Daerah Beaufort, Peti Surat 181, 89808 Beaufort, Sabah
Pengurusan Permit Infrastruktur Komunikasi (CIPM) ialah sistem aplikasi sesawang yang boleh diakses oleh beberapa kumpulan pengguna seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Pemilik Struktur (Telko), Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang bertindak sebagai pemilik sistem CIPM.
Sistem ini dicapai melalui aplikasi berpusat yang dihoskan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bertempat di Cyberjaya.