Alamat : Majlis Daerah Beaufort, Peti Surat 181, 89808 Beaufort, Sabah
MESYUARAT MULA KERJA (KICK-OFF) PENYEDIAAN LAPORAN HALA TUJU MATLAMAT PEMBANGUNAN MAMPAN ‘SUSTAINABLE DEVELOPMENT GOALS (SDGs) ROADMAP’ DAN ‘VOLUNTARY LOCAL REVIEW (VLR)’ DI BAWAH PERUNTUKAN ROLLING PLAN 1 RANCANGAN MALAYSIA KETIGA BELAS (RP1 RMKe-13) TAHUN 2026
Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah, YBhg. Datuk Dr Jamili Nais bersama Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Beaufort, Mohd Ainol bin DSP Hj Mohd Dun serta kakitangan yang bertanggungjawab dalam Penyediaan Laporan Hala Tuju Matlamat Pembangunan Mampan ‘Sustainable Development Goals (SDGS) Roadmap’ Dan ‘Voluntary Local Review (VLR)’ Di Bawah Peruntukan Rolling Plan 1 Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RP1 RMKe-13) Tahun 2026. Bertempat di Bilik Mesyuarat Berlian, Tingkat 18, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Putrajaya pada 12 Januari 2026
Tarikh: 10 Januari 2026
Masa:
Sesi 1- 9.00 Pagi - 12.00 Tengah hari
Sesi 2- 1.00 Tengah hari - 4.00 Petang
Tempat: Bilik Mesyuarat, Majlis Daerah Beaufort
Tarikh: 9 Januari 2026
Masa: 7.30 Pagi - 10.30 Pagi
Tempat: Taman Tasik Majlis Daerah Beaufort
Tarikh: 29 - 30 Disember 2025
Masa: 8:00 Pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat MDB
Auditor dari NIOSH Certification Sdn Bhd
1-Ms Julianah Sagap
2-Mr Lawrence Caesar Chau
Tarikh: 23 Disember 2025
Masa: 9.00 Pagi
Tempat: Pejabat Majlis Daerah Beaufort
Tarikh: 18 Disember 2025
Masa: 9.00 Pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat MDB
Tarikh: 18 Disember 2025
Masa: 10.00 Pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat MDB
Tarikh: 3 Disember 2025 (Rabu)
Masa: 8:00 Pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat MDB
Auditor- Ms. Julianah Sagap (Auditor dari NIOSH Certification Sdn Bhd)
Tarikh: 28 November 2025
Masa: 10.00 Pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat MDB
Tarikh: 17 November 2025 (Isnin)
Masa: 10.00 Pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat MDB
Tarikh: 01 November 2025 (Sabtu)
Masa: 7.00 Pagi - selesai
Tempat: Dewan Residen, Beaufort
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua kakitangan Majlis Daerah Beaufort (MDB) yang telah menyertai Pertandingan Petanque Berpasukan Tertutup MDB pada 1 November 2025 di Dewan Residen, Beaufort!
Alhamdulillah, pertandingan pengenalan sukan Petanque ini telah berjalan dengan jayanya, penuh semangat kesukanan dan tawa ria! Meskipun sukan ini masih baharu, komitmen dan semangat berpasukan yang ditunjukkan oleh semua peserta amat luar biasa!
Tarikh
-22/10/2025 (Rabu)
Masa
-9.00 pagi
Tempat
-Bilik Mesyuarat MDB
Tarikh: 18 Oktober 2025
Masa: 8.00 Pagi - Selesai
Tempat: Dewan Pa' Musa
Tarikh: 10 & 15 Oktober 2025
Masa: 9 Pagi - 5 Petang
Tempat: Bilik Mesyuarat MDB
Tarikh: 1 Oktober 2025 (Rabu)
Masa: 9:00 Pagi - selesai
Tempat berkumpul: Pejabat Majlis Daerah Beaufort
Syukur Alhamdulillah perjalanan konvoi lancar dengan iringan kenderaan Polis Daerah Beaufort dan Polis Daerah Sipitang. Terima kasih kepada pihak MD Sipitang kerana menyambut ketibaan rombongan Konvoi MDB di sempadan daerah Beaufort-Sipitang hingga ke Esplanad Sipitang. Seterusnya, rombongan konvoi MDB disambut oleh Tuan Hamsad Bin Haji Abd Wahid, Pegawai Eksekutif MD Sipitang bersama kakitangan MDS di Esplanad Sipitang. Kemudian, diteruskan dengan penyerahan bendera Jalur Gemilang dan bendera negeri Sabah serta cenderahati kepada MDS.
Sebelum pulang ke Beaufort, rombongan konvoi MDB bersama MDS melawat ke pusara Allahyarhamah adik Zara Qairina Mahathir di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Kampung Mesapol Lama, Sipitang bagi mendoakan kesejahteraan roh Allayarhamah🤲🏻.
📅 Tarikh: 27 September 2025 (Sabtu)
🕖 Masa: 7.00 pagi – selesai
📍 Lokasi: Pusat Aspirasi Rendah Karbon (PARK) Majlis Daerah Beaufort
Majlis Daerah Beaufort bersama Ahli Majlis MDB, Jabatan Alam Sekitar, JKDB, KRT, Perpustakaan, Jabatan Pertanian, Kelab Belia Kg. Pintas Kubu dan guru serta pelajar sekolah telah menjayakan Program Pembersihan Mega Seluruh Negara Peringkat Daerah Beaufort 2025 yang berlangsung di PARK MDB, Beaufort. Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Mohd Ainol bin DSP Hj Mohd Dun, Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Beaufort.
Penganjuran ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan MDB dalam menyokong inisiatif kebersihan dan kelestarian alam sekitar. Program ini menekankan kepentingan menjaga kebersihan awam serta membudayakan amalan kebersihan sebagai sebahagian daripada gaya hidup masyarakat. Pelbagai pengisian telah dijalankan, termasuk aktiviti gotong-royong pembersihan kawasan, melaksanakan kempen menggalakkan pengurangan penggunaan plastik sekali guna dan pembelian minyak masak terpakai.
Selain penganjuran utama di PARK MDB, lebih 20 lokasi lain di seluruh negeri Sabah turut melaksanakan aktiviti pembersihan mega yang dianjurkan oleh PBT masing-masing. Hari Cuci Malaysia 2025 juga menyasarkan pencapaian rekod baharu Malaysia Book of Records melalui penyertaan peserta teramai dalam gotong-royong dan pembersihan serentak di seluruh negara.
#HariCuciMalaysia2025 #WorldCleanupDay2025 #CuciMalaysia
#HCM2025
#Beaufort
Tarikh: 25 September 2025 (Khamis)
Masa: 7.00 Pagi
Tempat: Dataran Bagandang & Dewan Pa' Musa Beaufort
Majlis Daerah Beaufort berjaya meraih Naib Johan bagi Pertandingan Sepanduk Sambutan Maulidur Rasul🥈 dan juga Naib Johan bagi Kontinjen Paling Ramai🥈.
Tarikh: 22 & 23 September 2025 (Isnin & Selasa)
Masa: 2.00 Petang
Tempat: Bilik Mesyuarat MDB
Tarikh: 21 September 2025
Masa: 6 Pagi - selesai
Tempat: Dataran Bagandang
Tarikh: 17 September 2025
Masa: 9.00 Pagi - 5.00 Petang
Tempat: Bilik Mesyuarat, MDB
Auditor:
1. En. Mohd Firdaus bin Ermand
2. En. Mohamed Shukery Azeem bin Mohamed Sharuddin
Tarikh: 6 September 2025 (Sabtu)
Masa: 7 Pagi
Tempat: Lapang Sasar Memanah Taman Sri Panglima, Beaufort
Pertandingan ini diadakan bagi memberi pendedahan dan pengenalan sukan memanah kepada kakitangan Majlis Daerah Beaufort (MDB), di samping menggalakkan gaya hidup sihat, mengeratkan silaturahim serta menarik minat warga kerja untuk menceburi sukan memanah sebagai aktiviti rekreasi dan riadah.
Pertandingan ini berjalan dengan jayanya dengan bantuan daripada Kelab Memanah Tradisional Panglima Beaufort dari segi keselamatan, peralatan memanah serta tempat memanah.
25 Ogos 2025 | 9.00 Pagi | Dataran Bagandang, Beaufort
Disempurnakan oleh YB Datuk Isnin Hj Aliasnih@Liasnih, Pembantu Menteri, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah merangkap ADUN N32 Klias.
25 Ogos 2025 | 2.00 Petang | Dataran Bagandang, Beaufort
Operasi Bersepadu yang melibatkan Majlis Daerah Beaufort, Jabatan Perkhidmatan Pembentungan Beaufort dan Pejabat Kesihatan Kawasan Beaufort telah dijalankan di premis-premis makanan/minuman sekitar Daerah Beaufort.
Operasi ini merangkumi pemeriksaan penyelenggaraan perangkap minyak, semakan sambungan saliran perangkap minyak ke sistem pembetungan atau tangki septik, serta pemeriksaan dan penggredan premis makanan/minuman.
Majlis Daerah Beaufort merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas komitmen serta kerjasama yang diberikan oleh semua premis yang terlibat.
16 Julai 2025 | 8.00 Pagi - 12.00 Tengah hari | Dewan Pa' Musa, Beaufort
Majlis Perasmian Penutupan Program Komuniti Hijau: Rakan Lestari Majlis Daerah Beaufort 2025 yang dirasmikan oleh YB Datuk Isnin bin Aliasnih@Liasnih, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N32 Klias.
Program Rakan Lestari ini merupakan salah satu inisiatif KKTP melalui PBT dalam melaksana program-program hijau dengan melibatkan komuniti setempat. Antara aktiviti yang dilaksanakan oleh Majlis Daerah Beaufort adalah gotong-royong membersih Pusat Aspirasi Rendah Karbon (PARK) Majlis Daerah Beaufort, taklimat dan Kempen "Katakan Tidak Kepada Plastik Sekali Guna" serta pertandingan iasan laman landskap berdasarkan tiga (3) kategori iaitu Jawatankuasa Kemasyarakatan Dalam Bandar (JKDB) dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT), sekolah dan Jabatan/Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang Pertandingan Hiasan Laman Landskap:
1. Kategori JKDB/KRT
Johan - JKDB & KRT PEKAN MEMBAKUT
N. Johan - KRT KG. BINGKULAS
Tempat Ketiga - KRT KG. LUBOK WESTON
2. Kategori JABATAN/NGO
Johan - PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH (CAWANGAN BEAUFORT)
N. Johan - JABATAN PERTANIAN BEAUFORT
3. Kategori SEKOLAH
Johan - SK KEBULU
N. Johan - SMK GADONG
Tempat Ketiga - SJK(C) LIAN HWA
Nama Penceramah: Nurhasanah Abdul Hassan
Jawatan: Pegawai Sains Pemakanan, Pejabat Kesihatan Kawasan Beaufort
Tarikh: 4 Julai 2025 (Jumaat)
Masa: 09.00 Pagi – 11.30 Pagi
Tempat: Dewan Pa' Musa, Beaufort
Hari Alam Sekitar Sedunia yang disambut pada 5 Jun setiap tahun adalah satu platform antarabangsa bagi penganjuran program-prigram kesedaran awam untuk meningkatkan kesedaran dan tindakan masyarakat ke arah pemuliharaan alam sekitar.
MDB mengedarkan Beg Non-Woven dan risalah 𝗞𝗲𝗺𝗽𝗲𝗻 𝗞𝗮𝘁𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗧𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗣𝗹𝗮𝘀𝘁𝗶𝗸 𝗦𝗲𝗸𝗮𝗹𝗶 𝗚𝘂𝗻𝗮
kepada orang awam dan kakitangan MDB bersempena dengan sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia bagi Tahun 2025 yang bertemakan "Ending Global Plastic Pollution".
Bersama-sama kita berusaha menghindari penggunaan plastik sekali guna dalam kehidupan seharian demi kelestarian alam sekitar daerah Beaufort.
#BeatPlasticPollution
Sihat Beaufort : Let's Clean-Up With KRT!
Tabika Perpaduan Rumah Murah (KRT Beaufort Selatan)
Tabika Perpaduan Rumah Murah
25 Mei 2025 (Ahad)
7.00 Pagi
Program ini merupakan libat urus di antara Pejabat Kesihatan Kawasan Beaufort, Majlis Daerah Beaufort dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Bahagian Pedalaman Bawah.
Aktiviti yang akan dilaksanakan antaranya:
-Gotong-royong
-Cari dan musnah tempat pembiakan nyamuk Aedes
-Taklimat dan nasihat kesihatan
-Pengumpulan sisa E-Waste
-Pembelian minyak masak terpakai
Slot 1: Lebih Daripada Gigi Berlubang: Memahami Masalah Pergigian Umum
Nama Penceramah: Cik Abigail Renee Johnli
Jawatan: Pegawai Pergigian
Slot 2: Penjagaan Kesihatan Mulut dari Perspektif Islam Bersama Imam Rahman
Nama Penceramah: Encik Rahman Bin Majamal
Jawatan: Ikon Gigi Beaufort
&
Nama Penceramah: Puan Siti Nurbaya Kosmas (Moderator Dialog)
Jawatan: Juruterapi Pergigian
Slot 3: Memberus Bersama Nurse Kelly!
Nama Penceramah: Puan Fazelma Fred
Jawatan: Juruterapi Pergigian
Menuju masa depan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang lebih gemilang! Sempena Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja 2025, Majlis Daerah Beaufort dengan bangga menyaksikan pelancaran Minggu Kesihatan dan Keselamatan Pekerja bertema 'Merevolusikan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan: Kecerdasan Buatan (AI) dan Penglibatan di Tempat Kerja' yang dirasmikan oleh Tuan Mohd Ainol bin DSP Hj Mohd Dun, Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Beaufort.
Syukur Alhamdulillah, Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri MDB Tahun 2025 berjalan lancar dengan jayanya. Terima kasih YB Datuk Isnin bin Hj Aliasnih@Liasnih, Pembantu Menteri 1, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N32 Klias kerana telah menyempurnakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri MDB pada tahun ini.
Tarikh: 20 Mac 2025M/19 Ramadan 1446H
Masa: 5:00 petang
Tempat: Dewan Pa' Musa, Beaufort
Majlis ini dirasmikan oleh YB Datuk Isnin bin Hj Aliasnih , Pembantu Menteri 1, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N32 Klias dan turut dihadiri oleh YB Datuk Matbali bin Musah,
Ahli Parlimen P.178 Sipitang merangkap Pengerusi Pengelola Lembaga Koko Malaysia,
Yang dihormati, Puan Faridah binti Giau, Setiausaha Tetap II, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah bersama-sama dengan pegawai pengiring.
Yang Berusaha, Tuan Mohd Nazri bin Ajun,
Pegawai Daerah Beaufort merangkap Pengerusi Majlis Daerah Beaufort
Yang dihormati, Tuan Ibrahim bin Terki,
Pegawai Daerah Membakut
Yang dihormati, Superintendent Wong Leong Ming,
Ketua Polis Daerah Beaufort
Yang Dihormati Puan Hajah Surayah binti Haji Ibrahim, Pemimpin Pembangunan Masyarakat N31 Membakut mewakili kepada YB Datuk Dr. Haji Mohd. Ariffin bin Datuk Haji Mohd Arif, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N31 Membakut.
Yang Dihormati Tuan Sobri bin Abdul Adis, mewakili kepada YB Datuk Haji Ruslan bin Muharam,
Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah
(Hal Ehwal Agama) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N34 Lumadan.
Yang Berbahagia Ustaz Mohd Nasry bin Masih,
Penyelia KAFA Daerah Beaufort, JAKIM Cawangan Sabah merangkap Penceramah jemputan sempena Majlis Berbuka Puasa Majlis Daerah Beaufort Tahun 2025.
Yang dikasihi dan diraikan adik-adik daripada Rumah Anak Yatim Al-Aman Beaufort, Madrasah Quran Raudahtul Ulum Lil Banat dan Madrasah Nur Asbeh Limbawang.
Bahagian Kesihatan dan Persekitaran Majlis Daerah Beaufort menjalankan kerja disinfeksi di tapak Bazar Ramadan Beaufort yang telah terlibat dengan banjir.
ECO FREE BOOTH PAKAIAN TERPAKAI
Pada 13 𝐌𝐚𝐜 𝟐𝟎𝟐𝟓 (𝐊𝐡𝐚𝐦𝐢𝐬), 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐣𝐚𝐦 𝟖:𝟎𝟎 𝐩𝐚𝐠𝐢 𝐡𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚 𝟏𝟐:𝟎𝟎 𝐭𝐞𝐧𝐠𝐚𝐡 𝐡𝐚𝐫𝐢 di Pusat Aspirasi Rendah Karbon (PARK)
Pembantu Menteri 1 Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah merangkap ADUN N.32 Klias YB Datuk Isnin Aliasnih merasmikan Majlis Angkat Sumpah & Penyerahan Watikah Ahli Majlis Daerah Beaufort Bagi Sesi 2025 - 2027 di Bilik Mesyuarat Majlis Daerah Beaufort .
Hadir sama , YB Datuk Haji Ruslan Muharam Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah merangkap ADUN N.34 Lumadan, Tuan Abd Wahid Razak Setpol Menteri KSTI/ADUN N.31 Membakut , Tuan Mohd Nazri Ajun Pegawai Daerah Beaufort , Tuan Mohd Ainol DSP Hj Mohd Dun Pegawai Ekesekutif MD Beaufort , Ketua-Ketua Jabatan serta pegawai-pegawai kanan MDB.
Taman Sri Panglima | 23.02.2025 | Ahad
Selesai Program Sihat Beaufort : Let's Clean-Up With KRT! yang telah dilaksanakan di Taman Sri Panglima, Beaufort.
Selain aktiviti gotong-royong, turut dilaksanakan pengumpulan sisa E-Waste dan minyak masak terpakai.
Terima kasih diucapkan kepada KRT Taman Sri Panglima, Majlis Daerah Beaufort serta kakitangan daripada Unit Promosi Kesihatan dan Unit Denggi Pejabat Kesihatan Kawasan Beaufort kerana sama-sama menjayakan program ini.
Unit Promosi Kesihatan (UPK) Pejabat Kesihatan Kawasan Beaufort meneruskan kunjungan hormat dan libat urus Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS). Kali ini kunjungan kepada Pegawai Eksekutif, Tuan Mohd Ainol Mohd Dun di Bangunan Majlis Daerah Beaufort.
Sesi perjumpaan ini bagi membincangkan mengenai perlaksanaan program Let’s Clean-Up #SihatBeaufort: Persekitaran Bersih Kesihatan Terjaga yang akan dilaksanakan di lokasi-lokasi yang telah ditetapkan sekitar Daerah Beaufort.
Selain itu, Kunjungan ini juga turut membincangkan mengenai penglibatan Majlis Daerah Beaufort di dalam Pembentukan Jawatankuasa ANMS 2025 yang bakal ditubuhkan tidak lama lagi.
Terima Kasih, YB Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam, YB Datuk Isnin Bin Hj Aliasnih & YBhg. Datuk Dr. Jamili Nais!
Hari ini merupakan satu hari yang sangat bermakna bagi Majlis Daerah Beaufort, meskipun dalam keadaan mencabar akibat banjir yang melanda kawasan kami. Kami amat berbesar hati menerima kunjungan YB Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam, Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, YB Datuk Isnin Bin Hj Aliasnih, Pembantu Menteri I Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah, serta YBhg. Datuk Dr. Jamili Nais, Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan.
Kami amat menghargai kesudian dan keprihatinan ketiga-tiga pemimpin ini yang tetap meneruskan lawatan meskipun keadaan cuaca tidak menentu. Dalam kunjungan ini, mereka telah meninjau keseluruhan bangunan pejabat, beramah mesra dengan para kakitangan, serta memahami cabaran yang kami hadapi dalam menjalankan tugas, terutama ketika bencana melanda.
Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada semua kakitangan yang hadir dan memberikan sambutan mesra walaupun berdepan dengan keadaan sukar. Terima kasih atas sokongan dan keprihatinan yang diberikan!
Tarikh : 22 hingga 24 Januari 2025 (Rabu hingga Jumaat)
Masa: 9:00 Pagi hingga 5:00 Petang
Tempat: Bilik Mesyuarat MDB
Tarikh: 20 Januari 2025 (Isnin)
Masa: 11 Pagi
Tempat: Premis Makanan/Minuman di Beaufort Square
Kursus Pengendali Makanan pada 18 Januari 2025 (Sabtu) bertempat di Bilik Mesyuarat Majlis Daerah Beaufort.
Program I P.L.A.N.T. (Inisiatif Penghijauan Lestari, Aspirasi Negeri Taman Terindah) anjuran Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan(KKTP) Sabah dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Sabah (Beaufort) telah diadakan di Pusat Luar Hutan Paya Gambut Klias, Beaufort
ATIHAN PENGURUSAN ADUAN AWAM MENGGUNAKAN SISTEM I-ADU SECARA DALAMAN OLEH BAGAHIAN INTERGRITI DAN GOVERNAN NEGERI SABAH (BIGONS) kepada Ketua Bahagian/ Ketua Unit dan kakitangan yang terlibat dengan pengurusan aduan awam jabatan. Berlangsung pada 13 Januari 2025 di Bilik Mesyuarat MDB.
Latihan di kendalikan oleh Pn. Siti Fairuz AG Mohd Hussin, Penolong Setiausaha 1 dan En. Mohd Fauzee Bin Harith, Penolong Pegawai Tadbir 2. BIGONS.
Majlis Daerah Beaufort bekerjasama dengan Gereja Katolik St Patrick Membakut bergotong-royong membersihkan sekitar kawasan Pantai Idaman sempena International Coastal Clean Up Day 2024.
Tarikh: 21 September 2024
Masa: 7:00 pagi
Tempat: Pantai Idaman, Jalan Borneo Golf, Sungai Damit
#iccmy2024
Tarikh: 9-12 September 2024
Masa: 8 pagi - 5 petang
Tempat: Bilik Seminar, Dewan DSP Hj Mohd Dun Banir
Disempurnakan oleh YB Datuk Isnin bin Hj Aliasnih@Liasnih, Pembantu Menteri 1, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N32 Klias.
Kakitangan Majlis Daerah Beaufort turut serta dalam Perbarisan Hari Kebangsaan ke-67 dan Hari Sabah ke-61 di Jalan Tun Fuad Stephens, Kota Kinabalu pada 31 Ogos 2024.
PEMBUKAAN BOOTH MAJLIS DAERAH BEAUFORT SEMPENA PROGRAM KARNIVAL KITA MADANI PERINGKAT NEGERI SABAH
TARIKH: 9 & 10 Ogos 2024
MASA: 8.00 AM
TEMPAT: PEKARANGAN DEWAN TERBUKA, MEMBAKUT
ECO FREE BOOTH (PAKAIAN TERPAKAI) SEMPENA PROGRAM KARNIVAL KITA MADANI PERINGKAT NEGERI SABAH
TARIKH: 9 & 10 Ogos 2024
MASA: 8.00 AM
TEMPAT: PEKARANGAN DEWAN TERBUKA, MEMBAKUT
Mesyuarat Penuh Majlis Daerah Beaufort Bil 2 Tahun 2024 dijalankan di Majlis Perbandaran Sandakan pada 12 Julai 2024. Seterusnya, Majlis Angkat Sumpah Pelantikan Ahli Majlis Daerah Beaufort yang baharu iaitu Encik Odong @ Lawrence Odong bin Swoi.
PROGRAM KOMUNITI HIJAU: RAKAN LESTARI
MAJLIS DAERAH BEAUFORT
Tarikh : 12 Jun 2024 (Rabu)
Masa: 8:00 - selesai
Tempat: Taman Tasik Majlis Daerah Beaufort
Program Komuniti Hijau: Rakan Lestari dirasmikan oleh Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Beaufort, Tuan Mohd Ainol bin DSP Hj Mohd Dun. Program ini disertai oleh KRT Taman Sri Panglima, KRT Pekan, Sri Luagan Auto Parts, JKDB Taman Wawasan, JKDB Beaufort Selatan, JKDB Weston, JKDB Taman Bersatu, JKDB Membakut, JKDB St John dan SMK Gadong. Aktiviti yang dijalankan adalah bergotong-royong membersihkan kawasan Taman Tasik MDB, mengecat perabot riadah/kerusi & mengindahkan Taman Hibiscus di Taman Tasik MDB.
YB DATUK DR HAJI MOHD. ARIFIN BIN DATUK HAJI MOHD. ARIF BERTEMU DENGAN PENIAGA BAZAR RAMADAN MEMBAKUT DAN MENYAMPAIKAN SUMBANGAN DARIPADA DEWAN UNDANGAN NEGERI. SETERUSNYA, YB DATUK DR HAJI MOHD. ARIFIN BIN DATUK HAJI MOHD. ARIF BERSAMA-SAMA TUAN MOHD AINOL BIN HJ MOHD DUN DISERTAI ANGGOTA PENGUATKUASA BERKUNJUNG KE BAZAR RAMADAN MEMBAKUT.
🎉 𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗔𝗱𝘃𝗼𝗸𝗮𝘀𝗶 𝗞𝗲𝗽𝗲𝗻𝗴𝗴𝘂𝗻𝗮𝗮𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟰 yang dianjurkan bersama KPDNKSH dan MTPN Sabah dan Cawangan Beaufort hari ini benar-benar memberi impak positif! 💡
Objektifnya adalah mendidik masyarakat seperti belia, pelajar, peniaga dan penduduk setempat tentang hak pengguna dan membuat keputusan termaklum. 🎯
Antara aktiviti yang dijalankan:
📢 𝐒𝐞𝐬𝐢 𝐩𝐞𝐧𝐜𝐞𝐫𝐚𝐦𝐚𝐡 oleh KPDNKSH Tuan Norazlan (Penipuan Atas Talian), PDRM Insp Tuan Mohd Hafiz (Jenayah Terkini), MDB Tuan Yuzeirul (Cabaran Majlis Daerah), dan Michelle Liew (MTPN).
❓ 𝐒𝐞𝐬𝐢 𝐬𝐨𝐚𝐥 𝐣𝐚𝐰𝐚𝐛 𝐢𝐧𝐭𝐞𝐫𝐚𝐤𝐭𝐢𝐟
🏆 𝐇𝐚𝐝𝐢𝐚𝐡 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐩𝐞𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐤𝐭𝐢𝐟
🎟️ 𝐂𝐚𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐭𝐮𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐜𝐚𝐛𝐚𝐫!
Meskipun berakhir pada 1 petang tadi, ilmu berharga yang dikongsikan pasti memberi kesan jangka panjang dalam memupuk kesedaran kepenggunaan bijak. 💯
Hubungi sini 📲 https://wa.me/60105211590 untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti MTPN Cawangan Beaufort! Bersama-sama kita maju sebagai pengguna berdaya! 💪
#PenggunaBerdaya #KesanPosistif #MTPN #MTPNBeaufort #MTPNSabah #RakanStrategik #MDB #MBS #MajlisBeliaSabah #KPDNKSH
Majlis Tindakan Pengguna Negara
Majlis Tindakan Pengguna Negara - Sabah
Majlis Tindakan Pengguna Negara - Sabah Beaufort
AJK MTPN:
Tuan Kevin Lo, YDP MTPN Sabah
Tuan Edmar D. Sagoso, Pengerusi MTPN Beaufort
Cik Anna Liew, SU MTPN Sabah
Cik Michelle Liew, PSU MTPN Sabah
Tuan Jason Pan, Bendahari MTPN Sabah
Cik Daphne, MTPN Sabah
Tuan Stanson Nyam, Tim.Pengerusi MTPN Beaufor
Tuan Jason Vung, Pegawai Aduan MTPN Beaufort
30 orang kakitangan telah bertanding di Pusat Bowling 1 Borneo Hypermall, pemenang yang berjaya memenangi kejohanan adalah;-
Kategori Lelaki
Johan -Mohd Rolzan bin Hj Mohd Dun
Naib Johan - Charles bin Sumping
Tempat Ketiga - Calvin bin Jinis
Kategori Wanita
Johan - Nur Ezza Ashura binti Rhymie
Naib Johan - Norfatiera binti Shamsuddin
Tempat Ketiga - Nur Syahdatul Hikmah binti Sakari
Terima kasih diucapkan kepada Tuan Elmer Endra M.Sator, Pegawai Eksekutif dan kakitangan Majlis Daerah Ranau kerana sudi menerima kehadiran kakitangan Majlis Daerah Beaufort ke Majlis Daerah Ranau.
#ICC2023
#WCD2023
#HEROKEBERSIHAN
#WECLEANTHEWORLD
20/09/2023
- Ceramah dan Klinik AADK Bersama Agensi Antidadah Kebangsaan Cawangan Beaufort
- Melaksanakan Saringan Ujian Air Kencing Kepada Kakitangan Majlis Daerah Beaufort
19/09/2023 - Ceramah Integriti Oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Sabah Sempena Majlis Pelancaran Minggu Integriti Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah.
Majlis Daerah Beaufort telah melaksanakan Program Bersama Komuniti International Coastal Cleanup (ICC) 2022 Peringkat Daerah Beaufort Anjuran Majlis Daerah Beaufort dengan jayanya pada 22 September 2022 bertempat di Pantai Pimping, Membakut. Seramai 126 orang telah menyertai program ini yang terdiri daripada
Persatuan Pantai Pimping Membakut, SK Pengiran Jaya Pimping, SK Saga-Saga, SMK Membakut, Pembinaan Kekal Mewah Sdn.Bhd., Lintasan Resources Sdn. Bhd., JKDB Membakut dan Kakitangan MDB.
Sebanyak 156.18 kg sampah berjaya dipungut sepanjang tempoh 1jam program tersebut diadakan. Program ICC ini merupakan julung-julung kali diadakan di daerah Beaufort dan mendapat sambutan baik daripada penyertaan komuniti dan masyarakat sekeliling. Semoga usaha dan program seperti ini dapat mendidik masyarakat untuk bersama-sama memelihara dan melindungi khazanah lautan kita daripada sebarang pencemaran.
#icc2022
#internationalcoastalcleanup2022
#oceanconservancy
#beaufortbersihdanmampan
Tuan Mohd Ainol bin DSP Hj Mohd Dun, Pegawai Eksekutif dan Kakitangan Majlis Daerah Beaufort bersama ahli Kelab Motosikal Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) Cawangan Bandar Labuan menjalankan aktiviti gotong-royong mengindahkan landskap di kawasan bangunan PBBS Beaufort dengan membersihkan dan menanam anak-anak pokok di kawasan sekeliling bangunan PBBS Beaufort.
Majlis Daerah Beaufort mengadakan GOTONG-ROYONG MEGA sempena KEMPEN PENCEGAHAN DENGGI/ KAWALAN AEDES. Aktiviti tersebut dijalankan di kawasan Beaufort Jaya bersama-sama dengan Agensi, KRT, penduduk di Beaufort Jaya.
Sekitar Majlis Penyampaian Watikah JKDB Daerah Beaufort yang disempurnakan oleh YB Datuk Isnin Bin Hj. Aliasnih selaku Pembantu Menteri Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah. Turut hadir YB Tuan Haji Ruslan bin Muharam selaku ADUN N34 Lumadan, YBhg Tuan Haji Abdul bin Imam Basirun selaku Pengerusi Majlis Daerah Beaufort, Ahli-Ahli Majlis Daerah Beaufort, UPPM N32 Klias, UPPM N34 Lumadan dan UPPM N31 Membakut.
Sebelum bermulanya Majlis Penyampaian Watikah JKDB Daerah Beaufort, YBhg Tuan Mohd Ainol Mohd Dun, Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Beaufort telah menyampaikan taklimat berkenaan fungsi dan peranan JKDB kepada ahli JKDB yang dilantik.
Tahniah kepada semua ahli JKDB Daerah Beaufort yang telah dilantik. Selamat berkhidmat untuk masyarakat dan selamat maju jaya.
Program berjalan lancar bersama tetamu utama YB Datuk Isnin bin Hj Aliasnih, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri, N32 Klias. Gotong-royong di Masjid Daerah Beaufort anjuran Majlis Badan Dakwah Beaufort dan UPPM Klias turut disertai bersama Pejabat Daerah Beaufort, Majlis Daerah Beaufort, JHEAINS Beaufort, Kolej Komuniti Beaufort, Polis Daerah Beaufort, Bomba Beaufort, RELA dan Angkatan Pertahanan Awam Beaufort.
Promosi Sehingga 31 Mac 2022
YB Datuk Isnin Aliasnih Pembantu Menteri 1 Kementerian Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Negeri Sabah Merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N.32 Klias hadir dan merasmikan Program Bersama Komuniti Anjuran Kementerian Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Sabah Dengan Kerjasama Majlis Daerah Beaufort .
Hadir bersama-sama dalam program ini adalah Pegawai Daerah Beaufort merangkap Pengerusi Majlis Daerah Beaufort Tuan Abdul Imam Bin Basirun , Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Beaufort Haji Jali Nordin , Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Tuan Ainol Mohd Dun , PPM Klias , PPM Lumadan , PPM Membakut , Ketua Daerah Klias , Ketua Daerah Lumadan , Pegerusi-Pengerusi JPKK Klias , JPKK Lumadan dan JPKK Membakut .
Majlis Perasmian Kempen Kebersihan Tandas Awam Peringkat Kebangsaan Di Bawah Program Agenda Nasional Malaysia Sihat Tahun 2021 yang dirasmikan oleh YB Datuk Isnin Bin Hj. Aliasnih@Liasnih, Pembantu Menteri 1 Kementerian Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Sabah Merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N.32 Klias yang bertempat di Taman Tasik Majlis Daerah Beaufort.
Konvoi Merdeka MDB telah dirasmikan oleh YB Datuk Isnin bin Hj. Aliasnih, Pembantu Menteri, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah N.32 Klias, dengan melepaskan sebanyak 16 buah kenderaan Majlis Daerah Beaufort yang dihias dengan Jalur Gemilang. Konvoi ini juga disertai dan diiringi oleh jabatan Penerangan Daerah Beaufort, JPJ dan Polis Daerah Beaufort.
Konvoi Merdeka MDB ini bermula di Dataran Bagandang Beaufort menuju ke Beaufort Jaya seterusnya menyelusuri bulatan Bandar Mingo menuju ke Jambatan Kedua Beaufort dan berakhir di Dataran Bagandang Beaufort.
Konvoi Merdeka dalam norma baharu ini diadakan untuk meniupkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang disambut oleh semua rakyat Malaysia pada setiap tahun tanpa mengira perbezaan agama, kebudayaan dan sosial masyarakat.Kita harmoni dalam perbezaan.
Bersama-sama dalam program tersebut ialah, Tuan Abdul bin Imam Basirun, Pengerusi MDB merangkap Pegawai Daerah Beaufort, tuan Hj. Mohd. Jali bin Nordin, Naib Pengerusi MDB dan Tuan Mohd. Ainol bin Hj. Mohd. Dun, Pegawai Eksekutif MDB turut mengibarkan Jalur Gemilang semasa pelepasan rombongan Konvoi Merdeka sebagai simbolik perpaduan dan kebersamaan dalam menghadapi setiap cabaran.
Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Beaufort, Bahagian Penguatkuasaan MDB dan KRT Pekan Beaufort bersama-sama memasang Jalur Gemilang dan bendera Sabah di sekitar kawasan Pekan Beaufort sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-64 yang disambut pada 31 Ogos 2021 dan Hari Malaysia Tahun 2021 yang akan disambut pada 16 September 2021.
Program Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Majlis Daerah Beaufort dengan SPRM Negeri Sabah disempurnakan oleh YBhg Tuan Awang Samsul Baharam bin Bungso, Timbalan Pengarah SPRM Negeri Sabah.
Lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Majlis Daerah Beaufort diketuai oleh Ybhg Tuan Mohd Ainol DSP Hj. Mohd Dun selaku Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Beaufort kepada seramai 108 orang kakitangan Majlis Daerah Beaufort.
Aktiviti gotong-royong ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Mohd Ariffin Mohd Arif selaku ADUN N31 Membakut. Kakitangan dari RTM, Majlis Daerah Beaufort, Pertahanan Awam dan agensi lain serta orang awam antara yang terlibat dalam membantu menjayakan aktiviti gotong-royong tersebut.