Alamat : Majlis Daerah Beaufort, Peti Surat 181, 89808 Beaufort, Sabah
Berita baik untuk semua pembayar Cukai Pintu Majlis Daerah Beaufort pada tahun 2026!!
Majlis Daerah Beaufort mengadakan PROMOSI sehingga 31 Mac 2026. Pembayar cukai pintu hendaklah menjelaskan semua tunggakan dan membayar sepenuhnya cukai pintu pada tahun 2026 bagi melayakkan diri untuk menyertai promosi Cabutan Tiket Bertuah. Ayuh turut serta dan jangan lepaskan peluang keemasan ini.
-Kepada yang telah membayar cukai pintu bagi tahun 2026 sama ada melalui bayaran tanpa tunai(cashless)/dalam talian/MDB-Pay, tahniah kerana anda layak untuk menyertai Cabutan Tiket Bertuah secara automatik.
-Kepada pembayar cukai pintu yang baru ingin membuat bayaran secara tanpa tunai (QR/VISA/MyDebit/Master Card) di kaunter, anda dikehendaki mengisi borang penyertaan yang disediakan di kaunter hasil dan masukkan ke dalam kotak yang tersedia.
#PromosiCukaiPintu2026
#MajlisDaerahBeaufort
#cashlesspayment
Dimaklumkan bahawa akan berlaku penutupan jalan sementara sempena 𝗣𝗲𝗻𝗮𝗺𝗮𝗮𝗻 𝗖𝗮𝗹𝗼𝗻 𝗣𝗶𝗹𝗶𝗵𝗮𝗻 𝗥𝗮𝘆𝗮 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 (𝗣𝗥𝗡) 𝗦𝗮𝗯𝗮𝗵 𝗸𝗲-𝟭𝟳 di 𝗣𝗲𝗸𝗮𝗻 𝗕𝗲𝗮𝘂𝗳𝗼𝗿𝘁 dan 𝗣𝗲𝗸𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗺𝗯𝗮𝗸𝘂𝘁.
🗓 Tarikh Penutupan:
𝟭𝟰 𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 𝟭𝟱 𝗡𝗼𝘃𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟱 (𝗝𝘂𝗺𝗮𝗮𝘁 – 𝗦𝗮𝗯𝘁𝘂)
⏰ Masa Penutupan:
𝗕𝗲𝗿𝗺𝘂𝗹𝗮 𝗷𝗮𝗺 𝟲.𝟬𝟬 𝗽𝗲𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝟭𝟰 𝗡𝗼𝘃𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟱 𝘀𝗲𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 𝟱.𝟬𝟬 𝗽𝗲𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝟭𝟱 𝗡𝗼𝘃𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟱.
🚧 Kawasan terlibat penutupan jalan dan kawasan larangan meletakkan kenderaan bagi 𝗗𝗨𝗡 𝗡𝟯𝟮 𝗞𝗟𝗜𝗔𝗦 & 𝗡𝟯𝟯 𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗨 adalah di Jalan Pak Musa (sebelah simpang Tabung Haji hingga simpang empat berhampiran Bangunan Urusetia Daerah Beaufort) ,Dewan Pa' Musa dan Dataran Bagandang.
🚧 Kawasan terlibat penutupan jalan dan kawasan larangan meletakkan kenderaan bagi 𝗗𝗨𝗡 𝗡𝟯𝟬 𝗕𝗢𝗡𝗚𝗔𝗪𝗔𝗡 & 𝗡𝟯𝟭 𝗠𝗘𝗠𝗕𝗔𝗞𝗨𝗧 adalah di kawasan Jalan Pekan Membakut (dari simpang Masjid Cahaya Iman hingga simpang Jalan Pekan Baru Membakut) , Dewan Kesenian Islam, Dewan Terbuka Membakut, Kawasan Kedai Baru Pekan Membakut, Anjung Wawasan.
Sepanjang tempoh ini, orang awam dinasihatkan untuk menggunakan laluan alternatif dan mengelakkan meletakkan kenderaan di kawasan yang terlibat seperti yang ditandakan dalam pelan penutupan jalan.
Kerjasama daripada semua pihak amatlah dihargai bagi memastikan kelancaran urusan sepanjang tempoh tersebut.
Sekian, terima kasih.
HEBAHAN AWAM
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melalui Retail Digitalisation Initiative (RDI) kini menjelajah ke Zon Sabah dan Sarawak menerusi program KEMBARA INISIATIF PENDIGITALAN SEKTOR PERUNCITAN! 🛒💻
📅 Tarikh: Isnin, 30 Jun 2025
🕝 Masa: 2.30 petang – 5.00 petang
📍 Lokasi: Pasar Am Beaufort
🎯 Tujuan utama: Membantu para peniaga runcit tempatan beralih ke arah digitalisasi melalui penggunaan e-wallet, sistem pembayaran tanpa tunai dan teknologi perniagaan digital.
✨ Apa yang menanti anda?
✅ Kaunter Pendaftaran E-Wallet
✅ Sesi Advokasi E-Wallet bersama Peniaga
✅ Advokasi Kepenggunaan
💡 Peluang terbaik untuk belajar, daftar dan digitalisasi perniagaan anda!
💬 Jom Digital! Bersama-sama kita jayakan transformasi digital!
Disokong oleh:
PayNet | Touch 'n Go eWallet | Agro Bank | MAE | SPayGlobal
#KembaraRDI #JomDigital #RDISabahSarawak #DigitalisasiPeruncitan #eWallet #KPDN #Beaufort
Berita baik untuk semua pembayar Cukai Pintu Majlis Daerah Beaufort pada tahun 2025!!
Majlis Daerah Beaufort mengadakan PROMOSI sehingga 31 Mac 2025. Pembayar cukai pintu hendaklah menjelaskan semua tunggakan dan membayar sepenuhnya cukai pintu pada tahun 2025 bagi melayakkan diri untuk menyertai promosi Cabutan Tiket Bertuah. Ayuh turut serta dan jangan lepaskan peluang keemasan ini.
-Kepada yang telah membayar cukai pintu bagi tahun 2025 sama ada melalui bayaran tunai/dalam talian/MDB-Pay, tahniah kerana anda layak untuk menyertai Cabutan Tiket Bertuah secara automatik.
-Kepada pembayar cukai pintu yang baru ingin membuat bayaran secara tunai, anda dikehendaki mengisi borang penyertaan yang disediakan di kaunter hasil dan masukkan ke dalam kotak yang tersedia.
#PromosiCukaiPintu2025